SEPTEMBER 2019 - JANUARI 2020.
UPSI, Tanjung Malim, Perak.
Bismillah.
Assalamualaikum.
Hai.
Entry kali ni sis nak cerita pasal kolej kediaman di UPSI. Semua pelajar semester 1 diwajibkan untuk tinggal di kolej kediaman di dalam kampus. Mungkin untuk membantu pelajar mengadaptasi dengan kehidupan di universiti serta memudahkan pergerakan pelajar ke kelas dan program since most semester 1 students do not have their own vehicles yet. Semua kolej kediaman dalam kampus terletak di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Ada 6 kolej kediaman yang terdapat di UPSI(5- dalam kampus & 1- luar kampus) iaitu :
v KOLEJ AWANG HAD SALLEH (KAHS)
v KOLEJ UNGKU OMAR (KUO)
v KOLEJ HARUN AMINURRASHID (KHAR)
v KOLEJ AMINUDDIN BAKI (KAB)
v KOLEJ ZA’BA (KZ)
v TAMAN BAHTERA (TB - off-campus)
Setahu sis, KAHS dikhususkan untuk students DIPLOMA, manakala KZ, KAB, KHAR dan KUO pula untuk students Ijazah Sarjana Muda. Ada senior cakap, KZ dan KAB ni ramai budak PALAPES, sebab mudah diaorang nak buat aktiviti dan latihan. Also, dekat dengan KAB ni ada kolej kediaman untuk International Students. Taman Bahtera ialah kolej kediaman luar kampus. Biasanya students yang tak dapat/tak mohon kolej akan plih untuk duduk dekat TB sebab ada bas kitaran UPSI dekat TB.
Untuk semester 1, sis duduk dekat KHAR. KHAR ada 6 blok, 4 blok bagi pelajar perempuan dan 2 untuk pelajar lelaki. Setiap kolej ada felo dan ketua blok serta AJK blok masing-masing. Blok-blok dekat KHAR ni disusun dalam bentuk bulatan. Jadi blok pelajar perempuan adalah bersebelahan tanpa sempadan dan berdepan antara satu sama lain. Maka, silalah pastikan anda menutup aurat apabila keluar dari rumah, sebab memang keluar-keluar ja dari rumah, anda akan terdedah kepada pandangan para ajnabi (ewah XD).
Setiap blok ada 5 aras (G-1-2-3-4) dan setiap aras ada dalam 10 buah rumah. Satu rumah ada 3 bilik dan setiap bilik boleh memuatkan 2 orang. Jadi, satu rumah akan ada 6 orang. Be sure to be kind to your roommate and housemates. Antara benefits duduk dekat kolej kediaman, khususnya KHAR (sebab sis duduk dekat KHAR, kolej lain sis tak tahu XD) :
ü Bus stop. -memudahkan pergerakan untuk ke kelas. Senang nak dapat bas PT (Kampus Lama).
ü Cafe. -pelbagai pilihan makanan yang sedap dan murah, minimart (barang agak mahal XD), perkhidmatan fotostat, ATM dan tempat tumpuan untuk perbincangan kumpulan.
ü Dewan KHAR. -banyak program yang dijalankan kat sini, boleh kumpul MyCAT.
ü KHAR Lounge. -malam-malam ada pelbagai menu menarik, tempat tumpuan untuk pelajar yang nak santai-santai sambil buat assignment.
ü KHAR Central. -terletak ditengah-tengah blok kediaman. Tempat untuk beriadah (Zumba, Futsal, Badminton dll).
ü Kolam. -dekat dengan kolam(? more like longkang besar) yang ada ikan. Tempat tumpuan waktu petang untuk aktiviti membawang.
ü Blok fakulti. -dekat dengan Fakulti Sains dan Matematik(FSM) dan blok-blok kelas yang lain.
ü Dekat dengan masjid.
ü Dekat dengan pintu masuk kedua(?).
ü Dekat dengan kolej kediaman yang lain. -KHAR ni kira tengah-tengah, jadi senang nak pergi kolej lain kalau ada program atau apa-apa.
Sampai sini sahaja coretan sis buat entry kali ni. Next time sis tulis about keadaan di rumah kediaman sis. One crucial thing you need to keep in mind, ‘sentiasa bersyukur’. Bersyukur sangat penting, kalau kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada, sampai bila-bila pun kita tak akan puas dengan kehidupan kita.
Till next time,
Stay peculiar, cause normal is boring.
No comments:
Post a Comment