Wednesday, 14 August 2019

TIPS untuk Ujian Khas TESL UPSI

18 JUN 2019.
UPSI, Tanjung Malim, Perak.
0815 - 1300.
Interview for TESL.
1400 - 1600.
Ujian khas TESL.

Bismillah.
Assalamualaikum.
Hai.

This entry would be about the special test for TESL. I had my interview in the morning so I had my special test in the evening. But some people may be the opposite, depends on the time table in your letter.

Well, bila cakap pasal test berkaitan English, you can simply assume there’s gotta be essay. Yup. Essay, and also some multiple choices questions. Keep calm. This isn’t SPM or MUET level test. But some of it are tough.

Saya dapat session sesi petang. Lepas makan, perut kenyang, mata dah layu sebab melangut masa tunggu interview tadi. Otak memang dah tepu dan fikir nak balik ja. Pintu dewan tu buka ja, terus cari seat. Actually kena duduk dekat seat yang ada kertas sahaja sebab dia dah prepare so calon akan duduk berselang, means takda orang kat sebelah, next chair baru ada calon lain and so on. Tapi sebab ramai kut (?) jadi kami duduk ja sebelah-menyebelah.

Dah settle tempat duduk, edar kertas soalan (for those yang tak dapat lagi). Test ni sebenarnya 1 jam 30 minit ja masa diperuntukkan, tapi tak tahu kenapa dalam jadual kata 2 jam. Ada 15 soalan pilihan jawapan (kalau tak silap, ka 30 XD. Jauh jugak lari tu. Ampun.) Soalan dia susah jugak la, sis siap awal jadi sis usya la orang keliling. Lama wei depa duk fikir nak pilih jawapan yang mana. Sis memang jenis YOLO so memang sis selalu pilih jawapan first yang sis rasa betul.

Come the hard part. Essay. Masa sis tu tajuk dia “Do you agree that university only prepare their graduates for higher paid job?” (something like that, sis tak ingat XD) Basically, soalan dia tanya graduan universiti hanya belajar untuk dapatkan gaji yang tinggi. (maaf, sis tak mahir translate BM - Eng lagi) Sis cerita pasal setiap pelajar yang masuk universiti ada tujuan berbeza dan setiap graduan tamat pengajian dengan sesuatu yang baharu. Masuk untuk banggakan mak ayah, keluar dengan impian untuk sebarkan ilmu. More or less, pandai la karang ayat. Essay kena above 350 words. Sis tulis dalam 3 whole pages, tulisan sis kecil so sis fikir above 350 words la kut. Ada member tu sampai five pages dia tulis, sampai habis booklet jawapan tu. Semua orang ada cara masing-masing.

Then habislah. Tamat dah ujian khas TESL sis. Sis siap menjawab awal so sis melangut memerhati geligat calon lain.

So, my tips?
ü Read. Read as much as possible to keep your brain working. Jadi bila nak tulis essay tu smooth ja.
ü Make sure you have enough stationery. Black/Blue pen, 2B pencil,eraser. These yang kena make sure ada. Jangan nak sibuk pinjam orang lain punya.
ü Be aware of the time. Adat masa ujian la. Spend your time wisely. Make sure sempat jawab semua soalan dan ada baki masa untuk semak semula.
ü Behave. Ni ujian tau. Korang tak perlu mumble jawapan korang. Calon lain boleh dengar dan terganggu.
ü Follow the instruction given. Dia akan bagi kertas soalan dan booklet jawapan. Kertas soalan tu tak boleh conteng. Masa nak hantar semua kertas tu pun ada aturan dia. Follow ja, jangan ikut kepala sendiri. Semua orang pun nak settle cepat.

Rasa tu ja la kut tips dari sis. Kalau ada tips lain, maybe sis share next time or korang yang ada pengalaman lain pun boleh share. Sorry sebab entry ni macam messy sikit. Sis tulis ni sebulan selepas, jadi faham-faham la ya. Good luck for those yang akan menduduki ujian khas ni.

Till next time,
Stay peculiar, cause normal is boring.

Wednesday, 31 July 2019

TIPS Interview TESL UPSI.

18 JUN 2019.
UPSI, Tanjung Malim, Perak.
0815 - 1300.
Interview for TESL.
1400 - 1600.
Ujian khas TESL.

Bismillah.
Assalamualaikum.
Hai.

D-DAY. 0700-ish from home. This time, my sis drives, her daughter ikut, my mom tak ikut, my sister also tag along (a year older, she was working on the day of my ujian MEDSi). All the way from home, kami kena layan karenah budak kecil baru bangun, belum mandi tapi sibuk nak ikut. Sesat, salah kampus. Jam dah pukul 0830-ish masa kami finally jumpa gate masuk kampus ke tempat interview. LATE, for the INTERVIEW. What a ‘smooth’ beginning. Dah jumpa the right block, kena rempuh lautan parents yang hadir memberi sokongan buat anak mereka. Jumpa tempat daftar, suruh my sisters pergi makan and mandikan si kecik tu dulu. Tanya sekeliling how do I proceed from there. Thankfully, diorang ramah dan sangat membantu. Hebat bakal-bakal guru ni. Time tu dah 0915-ish.

Beratur, quiet long. Sembang dengan candidates bilik sebelah. Dengar cerita dari bakal-bakal guru hebat. Lama jugak, baru dapat daftar. Dia semak fail, segala dokumen. Dia buat ujian buta warna sikit. Tak lama pun, dah selesai, dia pulang balik fail dengan bagi kertas yang ada butiran kita sikit untuk makluman penemu duga. Then, tunggu lagi sampai nama dipanggil. Sembang lagi. Dari pukul 1000-ish, sampai 1100-ish.

Satu session, lima calon. Dekat bilik lain, satu session ambil masa dalam half an hour. Tapi bilik kami, satu session sampai over one hour. Kami dah cuak. Tanya calon dah selesai, dia kata interviewer tanya soalan banyak. Laju kami yang masih menunggu giliran ni menaip di papan kekunci telefon pintar masing-masing, cari info semasa, nama menteri dsbg. Calon bilik lain semua dah selesai, calon sesi petang pun dah mula datang. Kami group paling last bagi sesi pagi. Kami masuk bilik tu dalam pukul 1240-ish. Interviewer tu kata since kami last, dia tak nak tanya banyak sebab dah almost 1300 and kami ada ujian khas lagi petang tu. So I’m gonna jump straight to the questions they asked me.

² Introduce yourself. Name, family, educational backgound, anything that can leave a good first impression of yourself. *Keep it short, don’t brag too much.*
² What about your extra-curicullar activity? Any competition, leadership or something you were a part of that contribute to some success.
² Why do you chose education program? Why TESL? It’s literally on you. Be honest, show that your enthusiasm. Don’t just say that someone forced you. Show a little excitement.
² Why do you chose UPSI? Talk as you are confident with your choice. Prove that you really mean business.
² Why do we need to accept you as a student? Again, stand your ground. Tell them your worth.

Then, comes the ‘general knowledge’ questions:
Which state are you from again? Perak
Who is the minister of Perak? Yang Berhormat Dato’ Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu
If you can travel oversea, where would it be? Japan
What is the capital of Japan? Tokyo

My session was cut short because we lack of time. The previous session had it tougher for them. Soalan untuk uji pengetahuan umum, nama-nama Menteri di Malaysia. Menteri kesihatan, pendidikan, and others. Soalan pendapat pasal isu semasa. Pendapat mengenai isu penggunaan bahasa melayu dan bahasa inggeris di sekolah-sekolah. These are some examples of questions. Those yang ambil TESL, were questioned and need to answer in English. Those yang ambil Arab, in Arab. Tapi boleh minta izin untuk berbahasa Melayu kalau tak fasih, only if interviewer tu izinkan.

So, my tips?
ü Be prepared. Pastikan dokumen semua cukup.
ü Be on your best. Wear the nicest outfits, put on the brightest smile, walk and talk confidently.
ü Study a little bit. Ambil tahu isu semasa, fakta tentang jurusan dan universiti yang dipilih.
ü Make some friends. Jangan jadi kera sumbang. Sembang dengan calon lain, boleh share maklumat and kurangkan rasa gugup.
ü Chill. Jangan overthink. Bila overthink, benda senang pun jadi susah. Take a deep breath, and yakin dengan diri. Interviewer tu tak makan orang, don’t worry.
ü Give a good first impression. Lagi gugup, lagi interviewer tu tanya macam-macam. Confident ja. Buktikan diri kita dah bersedia.

Nak cakap banyak pun tak boleh. Diri ni, malam sebelum hari interview tu baru kalut nak cari fail, susun dokueman, sijil. Dalam perjalanan dari rumah nak ke UPSI baru cari tips temuduga dekat blog-blog. XD Maka, get ready awal and good luck to you lots who’s going for an interview.

Till next time,
Stay peculiar, cause normal is boring.

Friday, 28 June 2019

TIPS and Pengalaman Ujian MEDSi UPSI

16 MEI 2019.
0815 - 0915.
UPSI, Tanjung Malim, Perak.
Ujian MEDSi.

Bismillah.
Assalamualaikum.
Hai.

Topik harini, ‘seperti diatas’ XD. Malas nak bermukadimah sebab “ain’t nobody got time for that”.

So, I had just finished my study in Matriculation College (PROUD KMPk-ian). Decided to try my luck with education program. For those wondering what course did I sign for, you may have guessed by now. It’s TESL, Teaching English as Second Language. Jadi saja la try tulis blog guna English walaupun skill dah berhabuk.

Straight to the topic, dapat tahu panggilan ujian MEDSi tu dari classmate. Dia send link. Thanks to her, I didn’t miss the date. *sejenis manusia memang duduk bawah tempurung* So, opened the link, entered details. I’M IN. Little excited walaupun bukan first time dapat panggilan macam tu. Send link kat my sis, suruh dia print surat pengesahan. *we don’t have printer at home* Got the print-out. First step, check.

Next, baca print-out tu. What to wear, things to bring, stuff like that. Semak kena pergi kampus mana, pukul berapa, etc. To make matters worst, ujian tu sama tarikh dengan my JPJ test. *baru nak ambil lesen D* Bincang dengan parent, decided untuk tukar tarikh ujian JPJ.

D-Day. Gerak lepas subuh, almost seven something. Me, my mom and my sis, my sis drives. Lalu highway, my dad kata UPSI tak jauh dari simpang keluar tol. Kami almost terlajak. Luckily not, sampai kat gate, kami tanya guard tempat untuk ambil ujian. Dia kata ikut ja anak panah. Hujan renyai-renyai time tu, kami sampai kat satu bangunan ni. Ramai orang turun kat situ, candidates la kut. My sis dropped my off there. Dia dengan my mom pergi cari parking.

Turun kat situ, tak bawa payung. Lari masuk bangunan. Then, there was this nice lady and her daughter, tanya “Nak ambil ujian jugak ka?”. Angguk, salam. That lady ajak jalan sekali dengan dia. Time tu dah pukul lapan, jadi ikut la that lady dengan anak dia cari jalan ke ‘bangunan heksagon’. Pusing, tanya direction kat cleaner lady and some students. Rupanya, ‘bangunan heksagon’ tu belakang bangunan yang kami turun tadi. Masa nak seberang bangunan tu, that kind lady offered to share umbrella dengan dia dan anaknya. Thank you so much.

Dah sampai ‘bangunan heksagon’, kami (me and that lady’s daughter) pergi kat kaunter, tanya. Dia suruh tunggu ja giliran. Kami duduk. That lady ajak selfie dengan anak dia. Rasanya that lady is a teacher, gaya dia. Then kami sembang. Bila dah pukul 0810, kami dipanggil masuk bilik ujian (bilik ujian kami sama). That girl jumpa kawan dia, kami duduk meja sebelah-sebelah. Bilik tu makmal komputer, somewhat kedudukan komputer dia membulat *imagine sendiri*.

Technical error happened. Semua orang dalam bilik tu tak boleh log-in. Tapi urusetia kat situ cekap dan sedia membantu. Dah dapat log-in, baca arahan, baca doa, then start jawab. Soalan dia ada beberapa kategori. Some people said ada 300 questions, tapi macam kurang ja…maybe sebab kami jawab guna komputer kut. Rasa sekejap ja. 15 minutes in, dah selesai jawab semua. Tanya urusetia tu, dia kata dah tamat ujian boleh balik. Tandatangan kehadiran, telefon my sis, then balik. XD simple. Kami keluar tu (me and that lady’s daughter), semua orang kat luar bilik ujian tu pelik. Baru masuk dah selesai jawab? Dahsyat. (0_0)

So my tips for ujian MEDSi?
ü BE prepared. Ikut arahan dalam surat panggilan tu.
ü Chill. Jangan nervous sangat. Soalan ada pilihan jawapan, pilih ikut kesesuaian diri. Answer all questions.
ü Be yourself. Jangan terlalu fikir banyak. Most of the questions want to test whether or not candidate mampu untuk ambil education program.
ü Be focus. Takda siapa paksa untuk jawab soalan tu in any certain ways. You decide what you want to choose. Yakin dengan diri dan pilihan sendiri.

Ujian MEDSi ni wajib untuk sesiapa yang nak sambung dalam bidang pendidikan. Soalan dia macam ujian psikometrik ja. Soalan pasal personaliti, hobi, tindakan kita bila berada dalam sesuatu situasi. Takda betul,takda salah. Tapi tak tahu macam mana dipilih siapa yang lepas dan yang tidak. For those future candidates, I wish you all good luck.

Till next time.
Stay peculiar, cause normal is boring.